Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Cara Penanaman di Batas Tanaman

Hai semua. Bertemu lagi kita di blog ini. Cikgu Agro always welcomes anda semua ke kebun maya cikgu ini. Kali ini cikgu akan mengajar cara-cara penanaman di batas tanaman. Sebahagian daripada anda semua mungkin sudah tahu apa itu batas tanaman. Kalau ada yang tidak tahu, mari sini cikgu terangkan. Batas tanaman ialah tapak tanaman yang dibina dengan tanah yang digembur dan berbentuk seakan-akan katil.  Bawah ini cikgu letak gambar supaya anda semua mudah nampak (Batas tanaman) Okay so anda semua dah boleh nampak kan macamana rupa batas itu. Seterusnya, kita akan belajar cara penanaman di batas tanaman. Pertama sekali, sebelum membina batas, kita perlu menggemburkan tanah kawasan. Hal ini supaya tanah yang keras dapat dipecahkan dan dihaluskan, batu-batu yang terdapat di dalam tanah dapat dikeluarkan dan rumpai-rumpai juga dapat dibuang. Pengemburan tanah boleh dibuat dengan menggunakan cangkul. (Kawasan tapak tanaman yang telah digemburkan tanahnya) Selepas i