Skip to main content

Cara Penanaman di Batas Tanaman

Hai semua. Bertemu lagi kita di blog ini. Cikgu Agro always welcomes anda semua ke kebun maya cikgu ini. Kali ini cikgu akan mengajar cara-cara penanaman di batas tanaman. Sebahagian daripada anda semua mungkin sudah tahu apa itu batas tanaman. Kalau ada yang tidak tahu, mari sini cikgu terangkan. Batas tanaman ialah tapak tanaman yang dibina dengan tanah yang digembur dan berbentuk seakan-akan katil.  Bawah ini cikgu letak gambar supaya anda semua mudah nampak


(Batas tanaman)

Okay so anda semua dah boleh nampak kan macamana rupa batas itu. Seterusnya, kita akan belajar cara penanaman di batas tanaman.

Pertama sekali, sebelum membina batas, kita perlu menggemburkan tanah kawasan. Hal ini supaya tanah yang keras dapat dipecahkan dan dihaluskan, batu-batu yang terdapat di dalam tanah dapat dikeluarkan dan rumpai-rumpai juga dapat dibuang. Pengemburan tanah boleh dibuat dengan menggunakan cangkul.

(Kawasan tapak tanaman yang telah digemburkan tanahnya)

Selepas itu, bina batas tanaman. Membina batas adalah aktiviti menaikkan atau meninggikan tanah supaya tanaman dapat ditanam di atas serta memudahkan aktiviti penanaman. Apabila batas dapat dibina, ia dapat mengelakkan tanaman ditakung air, diganggu haiwan rosak, dikacau rumpai dan membantu tanaman membesar dengan baik dengan menyalurkan pengudaraan tanah yang baik, memudahkan aktivti penyiraman air dan pemberiaan baja nutrien. Saiz batas yang ideal adalah lebar 3 kaki, panjang 10 kaki dan tinggi 1 kaki. Dan laluan antara batas boleh dibuat selebar 1 kaki. Untuk kawasan kecil, pembinaan batas boleh menggunakan cangkul, namun di kawasan yang luas, sebaik-baiknya gunakan jentera bed former supaya menjimatkan masa dan tenaga. Penat kot nak buat batas ini hehe...

(Aktivti pembinaan batas)

Seterusnya, lakukan aktiviti merumpai. Aktiviti merumpai ialah aktiviti membuang rumput. Untuk penanaman di batas, kebiasaannya kita tanam biji benih. Biji benih yang baru hendak tumbuh memerlukan nutrien yang banyak. Dengan kehadiran rumput, ia akan memberikan persaingan kepada biji benih dan membantutkan tumbesaran biji benih. Oleh itu, buang lah rumput daripada batas anda. Perlu diingatkan, buang rumput perlulah sekali dengan akarnya supaya ia tak tumbuh lagi.

(Aktiviti merumpai)

Selepas merumput, kini tiba lah masanya untuk menanam biji benih. Sebelum menanam biji benih, pastikan anda membuat garisan terlebih dahulu supaya penanaman biji benih teratur dan tersusun, hal ini dapat memudahkan aktiviti penyiraman nanti. terdapat dua cara untuk menanam biji benih bergantung kepada saiz benih. Untuk benih halus, sekadar taburkan di atas permukaan sudah mencukupi. Manakala untuk biji benih bersaiz besar, bina satu lubang dengan kedalam 1 inci dan kemudiannya timbus tanah secara sekata ke atas benih. jangan timbus biji benih terlalu padat kerana ia akan menyukarkan pucuk benih untuk tumbuh. Hal ini dilakukan sedemikian kerana untuk benih kecil, ia sukar untuk menembusi tanah apabila membesar nanti maka hanya meletakkan di atas permukaan sudah memadai. Untuk benih besar, kita harus lindungi ia daripada menjadi makanan burung dengan menutupnya dengan sedikit tanah.


(Benih besar ditanam di dalam tanah)

(Benih halus ditabur di permukaan tanah di garisan yang dilakukan)

Setelah semua selesai, maka kita boleh menyiram biji benih. Penyiraman air sebaiknya dilakukan 2 kali sehari: pertama di awal pagi dan kedua di lewat petang. Untuk memberikan perlindungan bagi biji benih, kita boleh meletakkan sungkupan. Pelbagai jenis sungkupan boleh digunakan seperti plastik sampah hitam, nipah kelapa dan sabut kelapa. Untuk menjaga batas pula, sebaiknya dibina saluran air keluar, hal ini bagi mengelakkan berlakunya takungan air yang boleh merosakkan batas dan tanaman.

(Nipah kelapa yang boleh dijadikan sebagai sungkupan)

Sekian itu sahaja cara-cara penanaman di batas tanaman. Mudah saja kan hehe. Pelbagai kebaikan cara penanaman kaedah ini. Pertama, ia sangat mudah dilakukan. Kedua, ia tidak menggunakan kos yang tinggi. Ketiga, ia memudahkan penjagaan tanaman. Di sini cikgu mengharapkan anda semua untuk menanam dengan cara batas, walaupun ia penat dan mengambil masa namun percayalah hasil yang dapat nanti sangat memuaskan hehe.

(Tanaman jagung yang dibuat di batas)

Di sini cikgu akan kempilkan sebuah video cara penanaman agar anda semua boleh lebih faham dan dapat melihat sendiri teknikaliti dalam menanam di batas tanaman.


(Video penanaman di batas tanaman)

Sebelum kita bersurai, macam biasa cikgu ada latihan untuk semua bagi menguji di tahap mana kefahaman anda semua. Anda juga dibenarkan menggunakan media interaktif cikgu untuk menguji tahap kefahaman anda, atau sekadar latihan ulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan. Enjoy!



Harap anda semua tertarik dengan media interaktif yang cikgu hasilkan. Semoga kita berjumpa lagi. Babaiii dan terima kasih

Comments

  1. terbaik ! maklumat yang diberikan sangat membantu terima kasih 😍 fullmark untuk anda

    ReplyDelete
  2. Penjelasan Yang menarik maklumat Yang disampaikan jelas dengan penggunaaa grafik Yang menarik

    ReplyDelete
  3. Sebuah perkongsian yg baik oleh Cikgu Agro ! Moga dapat menambah ilmu pengetahuan kita dan minta terhadap aktiviti berbudi pada tanah ini 💪

    ReplyDelete
  4. perkongsian ilmu ini barmanfaat kepada saya sebagai seorang pelajar

    ReplyDelete
  5. Tahniah cikgu agro. Banyak input n penerangan yg jelas. Tq

    ReplyDelete
  6. Penerangan jelas.grafik dan video yg jelas menunjukkan maklumat yg disampaikan. Teruskan!

    ReplyDelete
  7. Bagus dan sesuai untuk di praktikan oleh generasi muda masa kini.pertanian adalah perniagaan..

    ReplyDelete
  8. Terbaik, terap dan tingkatkan teknik pertanian moden dalam pembelajaran pelajar kelak. Pertanian adalah perniagaan.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih cg agro. Cg byk membantu dalam bidang tanaman

    ReplyDelete
  10. Thanks Cg Agro for informative presentation. You make it looks so easy.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Cg Agro! Penerangan yg jelas, berinformasi dgn gambar yg sgt membantu membuat saya ingin mencuba bercucuk tanam di halaman rumah.

    ReplyDelete
  12. Terbaik cikgu agro.. Penerangan dan video yangjelas dan menarik..

    ReplyDelete
  13. penerangan yang begitu jelas dan teperinci. Mudah untuk para pertanian yg ingin memulakan menceburi bidang pertanian. good work!

    ReplyDelete
  14. Terbaik cikgu agro.. Penerangan dan video yangjelas dan menarik..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. How to Deposit at online casino?
    Deposit via Paypal is simple. Simply, kadangpintar you can do it by using 메리트 카지노 고객센터 the deposit link on the top right hand corner of the deccasino page, on the right of

    ReplyDelete
  17. LuckyClub Live Casino ▷ Review & Rating for Slots - Luckyclub.live
    Our Luckyclub review reveals the main focus and features of the software, including unique features such as free spins, bonus spins and free luckyclub.live spins.

    ReplyDelete

Post a Comment